Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan-i (An Naqlu 1)
Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan-i Bank Rakyat menawarkan skim bayaran ansuran yang fleksibel dan berpatutan apabila membeli kereta baru buatan tempatan dan bukan tempatan yang terdapat di pasaran.
Konsep Syariah
- Al Ijarah Thumma Al Ba'i (AITAB)
Ciri-ciri
- Margin maksimum adalah 90% daripada harga jualan atau invois
- Tempoh pembiayaan sehingga 9 tahun
- Had pembiayaan adalah terbuka dan tertakluk pada keupayaan pelanggan membayar ansuran bulanan
- Pembiayaan adalah untuk semua kenderaan Nasional dan bukan Nasional, penumpang dan persendirian baharu dan terpakai/reconditioned belum daftar.
Kelayakan permohonan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan 55/56/60* tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
- Terbuka kepada warga kerja sektor awam dan swasta berpendapatan tetap yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan.
- Gaji bulanan minimum ialah RM1,500
Dokumen Diperlukan
- 1 Salinan MyKad
- 1 Salinan Lesen Memandu
- 1 Salinan 3 bulan Slip Gaji terkini
- Penyata Transaksi Akaun
- Salinan Surat Pengesahan Majikan
Kadar Keuntungan
Cara Bayaran
- Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
- Potongan Gaji Majikan (PGM)
- Tunai
- Cek Tarikh Semasa atau Arahan Tetap (SI)
- Potongan Akaun Tabungan
- Cek Tertangguh (PDC)
Kadar Keuntungan
Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454
*Tertakluk kepada terma dan syarat

